Definisi Usahawan
Perkataan
usahawan berasal daripada satu perkataan Perancis iaitu “entreprende” yang
membawa maksud memikul tugas atau mencuba. Dari segi istilah Bahasa Melayu,
usahawan didefinisikan sebagai seseorang yang mengendalikan perniagaan dan berani
mengambil risiko di dalam bidang yang diceburinya. McClelland (1961) menyatakan
usahawan merupakan seorang yang berdaya inovatif dan mempunyai kehendak
pencapaian yang tinggi. Usahawan juga mempunyai kecenderungan yang tinggi dalam
aspek mengambil risiko dan mempunyai kawalan dalaman yang tinggi.
Menurut Schumpeter (1934), usahwana
merupakan individu yang melakukan pembaharuan
atau inovasi untuk organisasinya sendiri. Terdapat beberapa pembaharuan
yang dilakukan oleh usahawan tersebut. Antaranya ialah:
1.
Memperkenalkan perkhidmatan atau barang
keluaran baru
2.
Memperkenalkan kaedah pengeluaran baru
3.
Meneroka pasaran baru
4.
Mencari dan meneroka sumber bahan mentah baru
5.
Menyusun semula industry yang diceburinya
6. Usahawan perlu bersikap proaktif, inovatif, berani
untuk mengambil risiko dalam peluang perniagaan
7. Usahawan juga perlu bersedia menghadapi risiko,
berkeyakinan pada diri sendiri dan mampu mencari dan merebut peluang yang ada.
Keusahawanan juga ditakrifkan sebagai
tingkahlaku atau gaya usahawan bertindak terhadap peluang, memulakan
perniagaan, mengembang dan mempertahankan daya maju perniagaan yang telah
diterokainya.
Faktor yang menyebabkan seseorang menceburi
bidang keusahawanan dikategorikan kepada dua iaitu faktor tertarik dan faktor
tertolak.
Faktor Tertarik
(Pulling Factors)
- Faktor Psikologi seperti kecenderungan terhadap pencapaian cemerlang
- Peluang yang wujud dalam persekitaran dan menguntungkan
- Melihat perniagaan sebagai satu sumber rezeki (pendapatan)
- Berkhidmat untuk mengisi keperluan dan kehendak masyarakat
Faktor Tertolak (Pushing Factors)
- Kekecewaan di tempat kerja seperti tidak mendapat pengiktirafan dari majikan dan peluang yang terbatas
- Kemelesetan ekonomi
- Tidak puas hati dengan layanan masyarakat dan persekitaran
No comments:
Post a Comment
just type .
Note: only a member of this blog may post a comment.