FAKTOR YANG MENDORONG INDIVIDU
MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN
·
- Minat dan kepuasan Diri
Minat yang
mendalam terhadap bidang keusahawanan akan mendorong seseorang individu untuk
menceburi bidang keusahawanan. Ramai juga yang menyertai bidang keusahawanan
ini disebabkan untuk mendapat kepuasan diri. Hal ini demikian kerana individu
akan berpuas hati terhadap kejayaan di atas kebolehan dan kesungguhan dalam menguruskan
perniagaannya.
- Pencapaian Matlamat
Usahawan akan
dianggap berjaya apabila keinginan, matlamat dan objektif penceburan diri
mereka dalam bidang keusahawanan berjaya dicapai sebagaimana yang telah
dirancangkan
- Status
Individu yang
menceburi bidang keusahawanan ini akan berusaha untuk memperbaiki statusnya. Status
dan penghormatan diri merupakan elemen yang penting yang mempengaruhi usahawan.
Usahawan tidak dikatakan berjaya sekiranya mereka tidak mampu mempertingkatkan
status kehidupan mereka.
- Keselamatan
Kebanyakan
usahawan menjalankan tugasannya tanpa kongkongan daripada pihak lain. Ini kerana
ia merasakan adanya kebebasan yang wajar dari kekuatan atau ancaman kehilangan
dalam urusan seperti keselamatan diri, keselamatan kerja, kestabilan ekonomi
dan sebagainya. Secara psikologinya usahawan akan merasakan bahawa diri mereka
lebih bersedia, yakin dan berhati-hati apabila berada dalam persekitaran yang
mencabar.
No comments:
Post a Comment
just type .
Note: only a member of this blog may post a comment.