LI KA-SHING
NAMA : LI KA-SHING
NEGARA ASAL : CHINA
TARIKH LAHIR: 13 JUNE 1928
TEMPAT LAHIR : CHANZOU, CHINA
ETNIK: TEOCHEW
PEKERJAAN: CHAIRMAN OF CHEUNG KONG
HOLDINGS, HUTCHISON WHAMPOA DAN LI KA SHING FOUNDATION
AGAMA : BUDDHA
KEDUDUKAN ASIA: 1
Li
Ka-Shing merupakan hartawan, pelabur, dan dermawan di Hong Kong. Menurut Indeks Jutawan Bloomberg,
pada 16 April 2014, beliau telah diisytiharkan sebagai orang paling terkaya di
Asia dengan nilai bersih kekayaannya sebanyak $31900000000. Li Ka-Shing
merupakan pengerusi lembaga Hutchison Whampoa Limited (HWL) dan Cheung Kong
Holdings pada tahun 2008. Mereka merupakan pembekal terbesar di dunia bagi
terminal kontena dan produk kesihatan dan kecantikan.
Beliau
juga dianggap salah seorang usahawan yang paling berkuasa di Asia. Li telah
digelar sebagai “Asia's Most Powerful Man” oleh “Asiaweek” pada tahun 2001.
Syarikat beliau telah membentuj 15% daripada moda pasaran di Bursa Saham Hong
Kong. “Forbes Magazine” telah memberi penghormatan kepada Li Ka-Shing dengan
menganugerahkannya “Malcom S. Forbes Lifetime Achievement Award” pada 5
September 2006 di Singapura. Beliau mengamalkan hidup yang sederhana. Li juga
dikenali sebagai dermawan yang mulia di Hong Kong.
Pada
tahun 1950, Li telah menubuhkan satu syarikat plastik dengan modal yang
dipinjam daripada keluarga dan kawan-kawannya. Setelah belajar teknik
mencampurkan warna, beliau berjaya menghasilkan bunga plastik yang berkualiti
pada harga yang rendah. Kekayaan beliau bertambah dengan hasil penjualan bunga
plastik tersebut.
Disebabkan
gagal untuk memperbaharui pajakan untuk syarikatnya, beliau terpaksa membeli
dan membangunkan tapak dengan usahanya sendiri. Rusuhan pada tahun 1967 telah
menyebabkan harga tanah menjunam. Namun, Li percaya krisis politik yang melanda
hanya sementara dan harga tanah akan meningkat semula. Pada tahun 1971, secara
rasmi telah menamakan syarikat
hartanahnya dengan nama Cheung Kong. Cheung Kong disenaraikan di Bursa Saham
Hong Kong pada tahun 1972. Li menyimpan hasrat untuk mengatasi syarikat Hong
Kong Land sebagai pemaju hartanah terkemuka.
Hutchison
Whampoa juga terlibat dalam bidang peruncitan di seluruh dunia. Salah sebuah anak
syarikat peruncitannya adalah “A.S Watson Group” yang mempunyai lebih daripada 7800
cawangan di seluruh dunia. Antara jenama runcit yang berada di bawah
syarikatnya di Eropah adalah Superdrug (UK), Marionnaud (France), Kruidvat (Benelux
Countries), dan di a\Aisa termasuk kedai Watson yang merupakan peruncit produk
kesihatan dan kecantikan.
Hutchison Whampoa turut terlibat
dalam beberapa jenis perniagaan yang lain.

No comments:
Post a Comment
just type .
Note: only a member of this blog may post a comment.