RAMLY MOKNI
Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang
telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu
cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain.
Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa
mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan. Dengan berbekalkan keyakinan
diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan
perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk
mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari
selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.
Daripada pemerhatian beliau semasa bekerja sebagai pemotong
daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan
makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea
beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk
dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat beliau ini jelas menunjukkan
beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan
inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa
walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang
telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga
bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah
membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya. Sekaligus telah
membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting.
Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat
penting untuk mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan
dorongan kepadanya dan beliau telah mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil
sokongan kuat keluarga. Di samping itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip
kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan
pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil
ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti
akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu
dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan
corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang
masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah dianugerahkan
beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .

No comments:
Post a Comment
just type .
Note: only a member of this blog may post a comment.