PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA
SISTEM BARTER
Keusahawanan
di Malaysia telah melalui banyak pembangunan dan ia bermula daripada sistem
barter. Sistem barter merupakan sistem pertukaran barang antara dua atau
beberapa pihak. Sistem ini memerlukan pihak tersebut membuat pilihan sesama sendiri
untuk memenuhi kehendak dan kepuasan masing-masing. Barang-barang yang ditukar
berbeza di setiap tempat. Jadi, tidak mustahil untuk melakukan perdagangan
tanpa menggunakan wang. Walaubagaimanapun, sistem ini mempunyai beberapa
kelemahan iaitu :
- · Penemuan kehendak bergu.
- · Masalah membahagi.
- · Masalah menyimpan nilai.
- · Barang tidak tahan lama.
ZAMAN
KESULTANAN MELAYU MELAKA
Keusahawanan
telah berlaku sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Melaka telah menjadi
pelabuhan entrepot di mana ia menjadi tempat tumpuan pedagang dari seluruh
dunia untuk berdagang. Pelabuhan Melaka menjadi tumpuan disebabkan ia merupakan
tempat persinggahan yang selamat. Mereka akan singgah di Melaka sementara
menanti angin monsun yang seterusnya. Dari situ, berlakunya proses jual beli
antara pedagang. Hubungan diplomatik terjalin antara Melaka dengan kuasa-kuasa
luar seperti China, Ryuku, Arab Farsi dan India telah menggerakkan pertumbuhan
ekonomi Melaka pada ketika itu.
Pedagang-pedagang yang datang ke
pelabuhan Melaka pada ketika itu diberi layanan yang baik. Hal ehwal
perdagangan di pelabuhan tersebut diawasi oleh Syahbandar. Pedagang-pedagang diletakkan
di bawah beberapa kumpulan dan diawasi oleh syahbandar. Kumpulan tersebut ialah
:
1.
Pedagang
dari Gujerat
2.
Pedagang
dari India Selatan, Pegu, Benggala dan Siam.
3.
Pedagang
dari Jawa, Maluku, Banda, Palembang, Borneo dan Filipina.
4.
Pedagang
dari Champa, China dan Jepun
Pedagang dari China datang ke Melaka
dengan membawa barang-barang seperti bahan-bahan wangian, permata, sutera,
satin, belerang, besi, alat masak-memasak, tembikar dan peluru. Manakala mereka
mendapatkan lada, gaharu, candu, rempah dan bahan-bahan hutan Nusantara dari
Melaka untuk dibawa ke China. Terdapat empat hingga ke lima buah kapal besar
yang dimiliki oleh saudagar Koromadel yang datang ke Melaka setiap tahun untuk
membeli gaharu, lada, cengkih, permata, kayu manis, dan buah pala. Saudagar dari
Kalingga pula membeli emas, perak, bijih
dan sutera dari pedagang China.
Saudagar dari pelabuhan Benggala
yang terdiri dari pedagang Arab, Parsi, Turki dan Absinia membawa beras, gula,
daging kering dan buah-buahan ditukarkan dengan lada, jagung, cengkih, sutera,
tembikar, senjata, gaharu dan barang mentah Nusantara.Saudagar dari Gujerat
pula membawa barang seperti logam, senjata, cermin, manik dan arak yang ditukar
di Melaka untuk dibawa ke Venice.
Pedagang dari Pegu, Siam, Palembang
dan Pulau Jawa uang membawa barangan seperti nilam, perak wangi wangian, beras,
bawang, mintak, garam, kayu jati emas dan gading gajah untuk ditukarkan dengan
barangan China seperti kain dan lada.
KEUSAHAWANAN
SEMASA PEMERINTAHAN BRITISH DAN SELEPAS KEMERDEKAAN
Keusahawanan di Malaysia terus
berkembang sehingga pemerintahan British dan selepas kemerdekaan. Apabila British memerintah Tanah Melayu,
mereka telah menukarkan struktur sosial dengan menjalankan pemerintahan “Pecah
dan Perintah”. Dengan cara ini, kaum Melayu bekerja sebagai pentadbir dan
disektor pertanian, kaum Cina berkerja dilombong dan berniaga, manakala kaum
India bekerja disektor perladangan. Hasilnya, kaum Cina lebih kedepan dalam
soal perniagaan berbanding dengan kaum Melayu dan kaum India.
Selepas
kemerdekaan, kerajaan Malaysia menyedari betapa pentingnya keusahawan kepada
individu, masyarakat dan negara, dan bagaimana ia boleh menyumbang kepada
keamanan negara. Semenjak dari itu, kerajaan telah mengfokuskan kepada
keusahawanan sehinggalah sekarang. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan
Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020, semua pihak mengalakkan dan memberi
sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia.
Kerajaan
memberikan galakan pembangunan keusahawanan dan memberikan pengiktirafan kepada
keusahawanan kerana mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara. Tahun
1995, kerajaan menubuhkan Kementerian
Pembangunan Keusahawanan sebagai badan yang mengawal dan mempromosi pembangunan
keusahawanan di Malaysia. Kini, kementerian tersebut telah ditukar kepada
Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.
No comments:
Post a Comment
just type .
Note: only a member of this blog may post a comment.