Sunday, 5 October 2014

USAHAWAN DI MALAYSIA

·         Umur: 53 tahun
·         Pendidikan: SPM
·         Mula berniaga: 19 tahun
·         Kekayaan: RM1,425 juta
·         Ke 6 terkaya di Malaysia
·         Ke 32 terkaya di Asia

            Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dilahirkan di Alor Setar , Kedah . Keluarganya berasal dari Hadramaut ,Yemen sebelum mengambil keputusan untuk menetap di Kedah kerana bapanya berniaga hingga ke Asia Tengah . Beliau merupakan anak ketiga daripada 7 orang adik beradik .  Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam serba kekurangan . Ini menyebabkan , beliau sukar untuk menelaah pelajaran . Kesukaran hidup yang pernah dialami , mendorong beliau untuk memulakan kelas tuisyen percuma bagi para pelajar sebagai salah satu program di bawah Yayasan Al-Bukhary . Seramai 15,000 orang pelajar telah mendapat faedah daripada program tersebut .
            Beliau membantu ibunya menanam sayur-sayuran dan menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah . Selepas waktu persekolahan , beliau membantu ayahnya mengembala haiwan ternakan di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar . Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman ketika melakukan kerja-kerja tersebut .
            Ketika wabak penyakit kaki dan mulut menular , haiwan ternakan bapanya mati begitu sahaja . Itulah titik permulaan beliau berniaga secara kecil-kecilan . Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan ayahnya dan membuat keputusan untuk memulakan perniagaan dalam menjual daging sejuk beku . Beliau berjaya dalam perniagaan tersebut . Hal ini menyebabkan beliau lebih berkeyakinan untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan .
            Kini , beliau mempunyai banyak kepentingan di dalam beberapa buah syarikat terkemuka . Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Beliau juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.Selain itu, beliau memiliki 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad . Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.

No comments:

Post a Comment

just type .

Note: only a member of this blog may post a comment.