Saturday, 4 October 2014

USAHAWAN TERKAYA DI ASIA


MUKESH AMBANI


NAMA : MUKESH DHIRUBHAI AMBANI

NEGARA ASAL : INDIA

TARIKH LAHIR: 19 APRIL 1957

PEKERJAAN: CHAIRMAN MANAGING DIRECTOR OF RELIANCE INDUSTRIES DAN BANK OF AMERICA

AGAMA : HINDU

KEDUDUKAN ASIA: 2

Mukesh Dhirubhai Ambani merupakan seorang hartawan berbangsa India dan merupakan pengerusi, pengarah urusan dan pemegang saham terbesar Reliance Industries Limited (RIL), Syarikat Fortune Global 500 dan syarikat kedua yang paling berharga di India mengikut nilai pasaran. Beliau mempunyai 44.7% saham dalam syarikat tersebut. RIL merupakan syarikat penapisan, petrokimia dan juga terlibat dalam sektor minyak dan penapisan gas. Reliance Retail LTD. merupakan salah satu anak syarikat beliau dan ia adalah peruncit terbesar di dunia.

Pada tahun 2013, beliau telah menduduki tempat ke-37 dalam senarai Forbes bagi senarai orang-orang paling berkuasa di dunia. Pada 2013, beliau merupakan lelaki terkaya di India dan kedua terkaya di Asia. Ambani disenaraikan sebagai orang terkaya di tangga yang ke 19 di dunia dengan kekayaannya bernilai $19600000000. Beliau mengekalkan kedudukannya selama 6 tahun berturut-turut.
Melalui Reliance, beliau juga memiliki “Indian Premier League franchise Mumbai Indians”. Pada tahun 2012, Forbes telah menobatkan beliau sebagai salah seorang pemilik sukan terkaya di dunia. Beliau juga telah berkhidmat dalam lembaga pengarah Bank Of America Corporation dan lembaga Penasihat Antarabangsa Majlis Hubungan Luar. Beliau juga merupakan Pengerusi “Board of Indian Institute of Management Bangalore”, salah satu daripada sekolah perniagaan terkemuka di India.

Pada tahun 1980, kerajaan India di bawah pemerintahan Indira Ghandi telah membuka pembuatan PFY (Polyster Filamen Yarn) kepada sektor swasta. Dhirubai telah memohon lesen untuk mendirikan kilang pembuatan PFY. Walaupun terdapat persaingan daripada beberapa kilang yang lain, Dhirubai tetap mendapat lesen tersebut. Mukesh Ambani berhenti daripada pengajiannya dan membantu bapanya dan memulakan Reliance. Syarikatnya bermula daripada penghasilan tekstil berubah kepada penghasilan gentian polister dan terus berkembang ke industri petrokimia. Syarikat mereka bermula pada tahun 1981.
Mukesh Ambani mengembangkan lagi syarikatnya dengan membuka sebuah syarikat telekomunikasi yang dinamakan Reliance Infocomm Limited atau nama yang terkini adalah Reliance Communications Limited yang memberi tumpuan kepada teknologi maklumat dan komunikasi.

Ambani telah diarahkan dan memimpin penubuhan kilang penapisan petroleum terbesar di dunia di Jamnagar, India yang boleh mengeluarkan 660000 tong sehari (33 juta tan setahun) pada tahun 2010.


Antara anugerah yang pernah diterima oleh Mukesh Ambani
Tahun Penganugerahan
Nama Anugerah
Organisasi yang memberi anugerah
2000
Ernst & Young Entrepreneur Of The Year
Ernst & Young India
2010
Global Vision Award at The Awards Dinner
Asia Society
2010
Business Leader of the Year
NDTV India
2010
Businessman of the Year
Financial Chronicle
2010
School of Engineering and Applied Science Dean's Medal
University of Pennslyvania
2010
Global Leadership Award
Business Counsil for International Understanding


No comments:

Post a Comment

just type .

Note: only a member of this blog may post a comment.